PODCAST

DATUK HJ NAWAWI  BIN HJ AHMAD

JUGA BOLEH DIDENGARI DI:

BIOGRAFI

Datuk Hj Nawawi Bin Hj Ahmad

(1939 - 2021)

   Datuk Hj Nawawi dilahirkan pada Julai 1939 dan merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik. Beliau berasal dari Paya Rumput, Melaka sebelum berhijrah ke Mekah, Arab Saudi ketika masih remaja selepas kematian bapanya. Semasa di Mekah, beliau melanjutkan pelajaran dan bekerja sambilan sebagai penyampai radio.

 

   Beliau merupakan graduan dari Universiti Glasgow, United Kingdom dalam bidang Sains Politik sebelum berkhidmat sebagai wakil bagi kawasan Serkam. Antara kerjayanya ialah sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Penasihat Hal Ehwal Awam KFC, dan sebagai Guru Takmir.

 

   Sebagai seorang guru takmir bertauliah, beliau telah menyampaikan kuliah agama di sekitar negeri Melaka. Beliau juga telah merakam sebahagian daripada syarahannya dalam bentuk kaset mini sebagai rujukan, di mana ia kini didigitalkan untuk saluran podcast ini.

 

   Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua pendengar dan menjadi pahala berterusan buat Allahyarham Datuk Hj Nawawi Bin Haji Ahmad.

GALERI